"...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." Surah As-Saff ayat 4

Ahad, 31 Oktober 2010

TRAVELOG KHALIFAH : Oktober, Musafir Ilmiah Pengislahan Jiwa

Alhamdulillah pertama dan selamanya bersyukur ke hadrat Allah SWT krn dgn limpah inayah dan keizinanNya, sehingga di saat jari jemari melakar tinta, mengukir kata, aku masih lagi dikurniakan kesihatan dlm nikmat iman dan Islam, agama yg amat ku sanjungi....
Sekali lagi aku memanjatkan kesyukuran kpdNYA, kerana dgn izinNYA juhga, kehidupan ku di bulan oktober ini juga dihiasi dgn taqwim2 yang indah yg penuh bermakna seperti bulan2 sebelum ini...Catatan diari ini sekadar perkongsian bersama, agar mampu membawa kita berfikir seketika melalui catatan kehidupan seorang khalifah...........


 "....Jauh berjalan luas pandangan...Perjalanan yang baik adalah perjalanan mengenal Allah SWT kerana pandangan dan pengalaman itu akan menjadi penyuluh kehidupan......"



Lawatan Ilmiah Bersama Tuan Guru Sheikh Dr Haji Jahid di Sg Kundang Rawang selangor.
12 Oct 2010.


Ziarah Ilmiah bersama Sheikh Haji Jahid Sidek


Lawatan ini adalah pengisian ilmiah di bawah subjek Tasawuf..Semasa tiba di sana, kami disambut dgn keadaan yg sangat mesra. Aku sgt mengagumi keperibadian sakhsiah Tuan Guru..Apabila menatap wajahnya, airmata seakan2 bertakung dikelopak mataku..seolah2 ada sesuatu didalam jasadku yg ingin menjerit riang+ketakutan..Pada hari itu Allah telah mempertemukan aku dgn seorang mursyid yg sgt luhur keperibadiannya..Suasana yg mengelilinginya dipenuhi ketenangan dan kedamaian..Suasana itu sgt2 aku nantikan.....Aku merasai kedamaian jiwa tanpa gangguan disana yg mungkin insan kain tidak merasainya...



Program Motivasi Kecemerlangan Di Maahad Sultan Ahmad ad-Dini
22-24 Oct 2010


Bersama para peserta program motivasi kecemerlangan


Tugasan sebagai fasilitator umpama tugasan yg telah sebati dlm kehidupanku...membahagikan masa berjumpa masyarakat..Kali ini dgn keizinan Allah, aku mengikuti program motivasi kecemerlangan di bawah kelolaan JAKSA Kolej Kediaman Desa Jati. Allah memberikan ku sekali lagi kesempatan untuk bersama adik2 di Maahad SAS, bagi berkongsi ilmu bersama..Yg paling tdk dapat aku lupakan adalah jalinan ukhuwwah antara ahli..selama 3 hari berada di sana, aku juga merasakan aliran kekuatan dakwah melalui ukhuwwah yg telah dibina..Aku juga sering mengingatkan adik2 akan tujuan penciptaan kita di muka bumi Allah ini..sebagai khalifah yg menjawat posisi dan taklifan sebagai hamba, pelajar, anak, umat, sahabat, da'ie dan mad'u di muka bumi ini................for them, maybe it's too complicated to brainstorming but, i am sure, they can accepted slowly...InsyaAllah.......




Musafir Ilmiah ke Pantai Timur 
29-31 Oct 2010


Ziarah Ilmiah ke UNISZAR


Kami memulakan perjalanan sekitar jam 5.28 ptg..dan tiba di Musafir Homestay sekitar jam 3.15 pagi..Di siang harinya pula, kami memulakan ziarah ilmiah ke UniSZA dan UMT..Musafir kali ini benar2 mengingatkan ku kpd sahabat2 seperjuangan yg juga pernah bermusafir bersamaku..dikala senang daN susah, dikala suka dan airmata yg menemani setiap langkah perjalanan.. Semasa di dalam perjalanan, aku banyak menimbulkan pesoalan dan menyediakan jawapan bagi setiap soalan ku itu..tempoh perjalanan 11 jam yg ada, mcm2 ragam kehidupan manusia yg ku amati.. Adakah mereka juga musafir seperti aku???   
Dan sehingga kini sentiasa mengingatkan ku bahawa kehidupan ku kini merupakan penggembaraan yg belum lagi berakhir..pengakhirannya adalah kematian yg sudah pasti...Aku teringat suatu hadith Muhammad SAW, ada menyebut bahawa kehidupan setiap insan adalah merupakan sebuah pengembaraan..Di penggembaraannya itu, manusia akan sedaya upaya mencari apa yg perlu untuk dibawa pulang ke akhirat (destinasi terakhir yg sudah pasti).
Pengembaraan ku kini belum berakhir......banyak lagi bekalan yg tidak mencukupi...Ya Allah..bantulah saya di setiap langkah kembara ini.......







Jumaat, 15 Oktober 2010

..:: Ucapan Ulangtahun Kelahiran Buat Diriku ::...

قوله سبحانه وتعالى في كتابه العزيز: "وذكّر ...فان الذّكرى  تنفع المؤمنين..." سورة الذريات آية:55




Duhai Sahabat... 
Semakin hari usia semakin meningkat...
Hakikatnya usia kita semakin singkat... 
Ajal yang tidak diundang semakin bertamu dekat...
Hari Qiamat semakin menghampiri rapat...
Itulah petanda kuasa Allah yang Maha Hebat... 
Duhai Ikhwah dan Akhowat... 
Tadabburlah dirimu dengan taubat... 
Sebelum diri kita terlambat... 
Semoga kita sejahtera di akhirat...

Rabu, 22 September 2010

..: Bumi Ilahi ::..



Bumi ini milik Tuhan...
Kadangkala aku malu melangkahkan kaki di bumi ini..
Hamparan hijau ini tidak layak untuk insan seperti aku..
Hamparan hijau ini selayaknya untuk mereka yang beriman, taat perintah patuh suruhan..
Lihatlah diriku, betapa kerdilnya aku disisi Allah..
Aku tunduk ke tanah, merebahkan diri,
Menilai kedhaifan ini..
Oh Tuhan,
Inilah aku..
Inilah diriku..
Inilah imanku, terlalu nipis dan ringan bak angin meniup cebisan kertas tuntas berterbangan..
Oh Tuhan..
Aku malu pada Mu..
Sungguh aku malu menetap,
mengorak langkah mencita cita hidup dan impian di bumi ini...
Tapi ke mana lagi harus ku tujui dan aku diami jika tidak disini..
Adakalanya aku melangkah perlahan kerana aku bimbang tersasar jauh dari muraqabah Mu..
Resahnya aku jika tanpa inayah Mu...
Gusarnya aku jika tanpa mawaddah Mu..
Ya Ilahi Robbi..
Akulah khalifahmu.
Akulah insan pilihan Mu
Yang Kau ciptakan untuk mengimarahkan bumi ini..
Walau siapa pun aku.
Akulah pemikul amanah Mu..
Insan yang mendiami BUMI INI...


Nukilan By NorHusma Husin
Disiarkan di IKIM.fm Pada 18 Jan 2010

..:: Langkah Ini ::..


Ukhti fi Islamiyyah..
telah ku sahut sabda junjungan : "sampaikanlah dariku walau satu ayat.."
Namun, kata-kata nista dan dusta yang ku terima dari ucap bibir manusia..
Telah aku tunaikan kalam Yang Maha Esa: "Berdakwahlah ke jalan Tuhan mu dengan hikmah dan nasihat yang baik..."
Namun, hikmahnya aku dipertikaikan oleh manusia..
Duhai Yang Maha Pembela,
Jalan dakwahMu jalan cinta,
Itulah yang kami damba
Tidak kami hirau dengan ingkarnya manusia,
Kerana Engkaulah yang menggengam hati mereka...
Jernihkanlah hati mereka,
Engkaulah pemilik hidayah dan nuurul hikmah,
Aku hanyalah da'ie yang lemah,
Sesungguhnya Engkaulah pembelaku,
Engkaulah Yang Maha Esa....


Nukilan by NorHusma Husin
Disiarkan di IKIM.fm Pada 4 Jan 2010

Ahad, 5 September 2010

Tahap amalan puasa

Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya kitab Ihya’ Ulumuddin, martabat puasa terbahagi kepada tiga kategori:




Puasa umum, iaitu orang yang berpuasa semata-mata tidak makan dan minum dan menjauhi hubungan kelamin pada siang hari. Mereka mementingkan ketakwaan, keimanan dan pahala puasa.



Puasa khusus, iaitu orang yang berpuasa menjaga sepenuhnya adab dan peraturan puasa supaya keberkatan dan kemuliaan Ramadhan diperolehi sepenuhnya. Dengan yang demikian, sewluruh pancaindera zahir dan batin mengamalkan puasa. Mereka juga berusaha meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT. Puasa yang diamalkan oleh orang soleh.



Puasa istimewa, puasa yang dilakukan dengan seluruh pancaindera zahir dan batin menumpukan sepenuhnya kepada Allah SWT tanpa mengingatkan hal urusan dunia sebagai usaha mengekalkan ketinggian ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT.



Bagaimanapun, untuk menggalakkan anak-anak dan keluarga secara terus menerus kekal dalam keadaan suci jiwanya. Jika berpuasa dan mengulangi tabiat buruk budaya berdosa, bermakna kita mensia-siakan peluang terbaik untuk memutihkan atau memperbaiki akhlak diri-sendiri dan keluarga. Walaubagaimanapun, Ramadhan datang setiap tahu silih berganti tetapi jangka akhir hayat kita, tidak dapat diramalkan. Begitu juga dengan bonus Ramadhan untuk tahun yang akan datang tetapi tidak pasti adakah kita masih bernyawa untuk merebutnya….

Sabtu, 4 September 2010

Tinta Warkah Buat Ibu dan Ayahku...

"anakmu sangat merindui dan mencintaimu.."
                                                            
Warkah Hati Sang Perindu..
Tika ini..
Hati ini merintih merindui kedua ibu bapaku..
Tapi aku lebih merindui syahid dijalan Allah..
Dalam perjalanan mencari ilmu Allah..
Tanggungjawabku terletak pada keredhaan kedua ibu bapaku..
Kerana restu dan pengorbanan mereka,
Berdirinya aku dibarisan dakwah ini,
Jalan yang penuh duri dan kesakitan.
Kerana tanggungjawabku sebagai hamba, khalifah, mad'u, da'ie, anak, pelajar, sahabat, muslim..
Setiap langkahku dipenuhi doa dan restu mereka...
Ibu bapaku yang amat ku cintai setulus hidup dan matiku..
Wahai ibu ayahku..
Setiap hembusan dan helaan nafasku,
Setiap detik saat kehidupanku adalah amanah dari Allah SWT, Rasulullah SAW dan amanah darimu buatku...
Kelak akan dipertanggungjawabkan di akhirat..
Lihatlah ke mari ibu ayahku..
Inilah usaha dan langkahku menuju redha dan cinta-Nya..
Walau dengan usaha kecilku..
Sesungguhnya aku merindui mahkota syahidah djalan-Mu..
Dengan ilmu-Mu..
Inilah janjiku bagi janji kekasihku....
TAKUT ALLAH JAUHI DOSA




Antara jiwa-jiwa yang mendapat ketenangan adalah mereka yang sentiasa takut kepada yang Maha Pencipta. Jiwa-jiwa bersih ini meletakkan definisi “takut” sesuai pada maksud dan tempatnya. Tidak merasakan takut selain hanya kepada Allah bermaksud meletakkan seluruh rasa tawadduk hanya kepada Allah SWT. Dalam sejarah Rasulullah SAW, baginda dan para sahabat tidak pernah merasa gentir dan takut apabila berhadapan dengan pelbagai musuh ketika di dalam peperangan. Rasulullah SAW meletakkan segala penyerahan jiwa yang berbekalkan usaha dan keberanian serta keyakinan yang teguh kepada Allah SWT. Akhirnya baginda dan para sahabat berjaya mengharungi peperangan dengan memperolehi kemenangan didalam peperangan. Ini kerana, Rasulullah SAW dan para sahabat sentisa merasakan kehadiran Allah dalam segenap kehidupan mereka apatah lagi semasa didalam peperangan serta tidak takut kepada kuasa musuh. Seperti contoh lain, jika seorang pelajar mengatakan “aku takutlah tak dapat jawab soalan bila exam nanti..Matilah aku kalau markah and result aku teruk..” Dalam apa jua keadaan sekalipun, ingatlah bahawa apa matlamat kehidupan kita. Kepada siapakah sebenarnya kita menyembah dan mengesakan diri ?? Mengapakah masih meragui kepada perkara yang telah dijanjikan Allah dan mengapa perlu berasa takut mengharungi liku-liku kehidupan yang akan mendatang sedangkan segala percaturan kehidupan kita Allah jualah yang menguruskannya. Adakah kita tidak pernah memikirkannya?


Takut kepada Allah juga dapat menjauhkan kita dari segala dosa. Memang benar kita bukan manusia yang sempurna tetapi sampai bilakah kita ingin tunduk di atas kelemahan yang ada tanpa tajdid jiwa yang baru? Apabila jiwa yang merasai kekuasaan dan kehebatan serta keagungan yang Maha Agung, secara tidak langsung hati-hati yang suci dan bersih itu juga takut untuk melakukan apa jua bentuk dosa. Ini juga bermaksud, ia merasakan bahawa Allah sentiasa dan selamanya memerhatikan setiap langkah dan tindak-tanduk manusia apatah lagi kejahatan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.


Kini, tidak hairanlah jika kita melihat bahawa telah banyak berlaku kes-kes jenayah yang semakin berleluasa. Ditambahi pula kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi yang dilakukan sendiri oleh muda-mudi Islam yang tidak faham apa itu “Islam” . Jika mereka benar-benar faham, penulis pasti masalah sedemikian tidak akan melanda kerana pemantapan akidah yang sangat kukuh merupakan benteng segala kerosakan dan kejahatan. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : “Telah nampak kerosakan di darat dan dilautan disebabkan perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” Surah Ar-Rum ayat 41.


Ini semua bermula daripada kurangnya penghayatan dan pengaplikasian kehidupan Islam dalam amalan seharian. Bila yang sudah cukup, mantapkanlah lagi yang telah sedia ada. Kesimpulannya, takut kepada Allah akan memantapkan akidah serta akan dapat memelihara muslim dari dosa-dosa dan kejahatan sekiranya kita benar-benar memahaminya. Takut kepada manusia tidak akan menguntungkan apa-apa malah menghakis akidah yang sedia ada kerana seolah-olah ia tidak yakin dengan bantuan dan pertolongan Allah SWT. Firman Allah SWT : “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.” Surah Al-Fatihah ayat 5.


Jagalah hati, jagalah iman. Janganlah khianati nikmat Islam dan anugerah tauhid yang telah dikurniakan. Sesungguhnya Allah sentiasa dan selamanya ada bersama kita….


“..Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu…. ’’ Surah At-Thalaq ayat 3


Wallahu’alam..