"...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." Surah As-Saff ayat 4

Isnin, 18 April 2011

Kesetiaan Asas Kekuatan Dakwah: Presiden ABIM



Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Muhamad Razak Idris menyeru seluruh warga ABIM untuk terus setia kepada gerakan dakwah. Ini kerana cabaran dakwah yang harus dijayakan kini amat mencabar dan menuntut kepada satu tahap kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada gerakan. 



Beliau menyeru semua warga ABM untuk bergerak secara berjemaah. “Marilah kita bergerak secara berjemaah demi mengharapkan reda Allah. Untuk itu, kita hendaklah sentiasa memantapkan tarbiyyah diri kita ke arah menjadi seorang pendakwah yang ikhlas dan beradab di dalam setiap gerak usaha dakwah kita”. Muhamad Razak berkata demikian semasa menyampaikan ucapan aluan di Majlis Minum Petang Pusat Pembangunan Wanita (PPW) di Dewan Besar Dar al-Hikmah di sini.


Beliau turut menyeru semua warga mengamalkan sikap rendah diri dan menghayati adab-adab sebagai pendakwah di dalam gerakan Islam. Ini bagi memastikan pandakwah tidak tergelincir dari batas-batas ajaran syariah. “Kita jangan sesekali mudah lalai dan alpa kepada Allah sehingga membawa kita keliru dan tergelincir dari batas-batas syariah Islamiyyah dalam kehidupan kita. Jangan sesekali kerana sedikit kedudukan yang kita miliki, kita sudah berasa sempurna dalam ilmu dan adab sehingga boleh melanggar batas-batas adab hidup berjemaah”, tambah beliau.


Menurut Muhamad Razak lagi, setia di dalam gerakan dakwah amat penting kerana, “kesetiaan kita semua akan memastikan madrasah dakwah kita terus kuat dan ini tentu akan membolehkan kita menyumbang dengan bermakna kepada pembangunan agama di negara kita secara berterusan pada masa akan datang”. Di dalam majlis minum petang tersebut juga, Muhamad Razak meminta semua warga menyumbang tenaga dan kewangan bagi pembangunan PPW. Pusat ini merupakan agensi khusus yang ditubuhkan ABIM bagi menggerakkan program pembangunan keluarga dan wanita.


Kini, PPW akan beroperasi di sebuah rumah yang akan dikenali sebagai “Bayt al-Rahmah”. Rumah ini bertempat di Kampong Melayu Ampang akan berfungsi sebagai pusat kegiatan PPW di samping berperanan sebagai Rumah Perlindungan Sementara bagi wanita-wanita yang menghadapi krisis dan memerlukan pertolongan. PPW juga akan menawarkan khidmat kaunseling dan program latihan kepada wanita-wanita terpilih secara berterusan. 

SUMBER : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Ahad, 3 April 2011

WANITA ACUAN AL QURAN


OLEH : NOR HUSMA HUSIN tinta_hamba@yahoo.com norhusma90.blogspot.com


Sungguh bertuah wanita yang dilahirkan dalam kalangan muslimah (beragama Islam). Islam sangat menjaga maslahah ummah..


ADUHAI WANITA ISLAM...
“Wanita  hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..” Demikian bait lagu oleh kumpulan In Team yang popular satu ketika dahulu. Islam memberikan penghormatan kepada kaum wanita. Hiasan dsini bermaksud sentiasa menjaga kehormatan diri, menghiasi diri dengan akhla dan tingkah laku mahmudah serta menjadikan akhlaq sebagai pakaian diri walau di mana saja ia berada. Sejak kedatangan Islam, wanita dan lelaki adalah sama taraf.
            Tidak dapat dinafikan bahawa Islam memandang wanita sebagai insan yang sangat penting setelah lelaki dalam peranan dan urusan serta keberadaannya di mana sahaja.  Dengan menuntut ilmu dapat dirasakan amat cukup untuk menunjukkan bahawa kedudukan wanita dalam Islam sangat dihormati dan iaya suatu kedudukan mulia di hadapan Allah dan manusia. Kelembutan perasaan yang diciptakan oleh Allah SWT, ketajaman kebolehan dan kepekaan terhadap segala sesuatu menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung  emosional daripada intelektual. Justeru itu, inilah yang menjadikan watak keibuannya selalu segar, mengalir dan terpelihara dengan penuh kasih sayang.Wanita tersimpan kasih sayang dan kerana itulah ia bersifat lemah lembut. Inilah sifat sebenar seorang wanita.Wania berperanan memberiakn pendidikan dan zuriat yang bermula dari alam rahim  ibu sebelum dilahirkan di muka bumi ini.  Inilah kedudukan yang tepat bagi wanita dalam mewujudkan peranan utamanya sesuai dengan tujuan penciptaannya, iaitu sebagai pembantu, pendamping dan pelengkap hidup insan yang benama lelaki.  

KE ARAH MUSLIMAH BERTAQWA
Wanita muslimah hendaklah sentiasa berusaha mencapai darjat yang diidamkan oleh Islam, iaitu menjadi wanita solehah. Muslimah yang beriman dengan Allah SWT, Rasulullah, Malaikat, hari akhirat serta qada’ dan qadar dengan sebenar-benar keimanan. Juga   menjadikan al Quran sebagai pedoman dalam meniti lembaran kehidupan seharian. Muslimah yang bertaqwa adalah muslimah yang menundukkan pandangan, menjaga maruah dan kehormatan diri sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud :
 “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan jangan menampakkan auratnya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka.........”
                                                                                                   (Surah An Nur :31)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah SWT  menghendaki supaya dihapuskan daripada mereka perkara-perkara yang mencemarkan diri dan martabat mereka sebagai wanita Islam. Kerana Allah ingin membersihkannya sebersih-bersihnya dengan cara pemakaian yang sempurna. Segala yang baik dari perbuatan kamu (menjadi pakaian) diri sendiri (akhlak). Untuk menjadi wanita ke arah ketaqwaan, iamestilah mengikut arahan dan melakukan segala yang disuruh oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

SIFAT-SIFAT MUSLIMAH SOLEHAH
Ø  Beriman dengan sebenar-benar iman kepada Allah SWT
Ø  Mentaati dan ihsan kepada kedua ibu bapa
Ø  Muslimah solehah  menunaikan dan  melaksanakan segala kebaikan
Ø  Memiliki sifat mahmudah
Ø  Menjaga kualiti solat (solat di awal waktu)
Ø  Kualiti kesabaran yang  tinggi  (sabar banyak memihak kepada kaum wanita kerana kesabarannya terlalu tinggi)
Ø  Sentiasa memaafkan orang lain
Ø  Membincangkan hanya perkara yang baik
Ø  Tidak memakai pakaian yang menyerupai kaum lelaki atau kaum lain
Ø  Menutup aurat dengan sempurna dan berpakaian menurut pandangan Islam
Ø  Sensitif dengan dosa
Ø  Sedia berbakti untuk keluarga, agama dan bangsa serta negara

“..Sesungghnya, beruntunglah bagi jejaka yang mengahwini seorang wanita yang menjaga maruahnya (menutup aurat dengan sempurna) kerana rahsia itu hanya layak diketahui oleh sang jejaka yang bergelar suami. Tidak pula seperti wanita yang bersahaja yang menonjolkan maruahnya sering dipertontonkan sebagai satu kebanggaan diri. Sungguh mengaibkan!..”