"...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." Surah As-Saff ayat 4

Selasa, 3 April 2012

Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendirian

Bismillah...


Siapa yang ingin hidup bersendirian?? Jawapan ini mustahil jika dikatakan “YA”..
Tiada siapa yang bisa menolak fitrah suci yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT..
Tapi bagaimana ya hendak menanggung gelojak hati yang bergelora??
Aduh, sungguh mujahadah hati itu sangat pahit...
Jika boleh dinilai atau ditimbang status mujahadah hati ini, pasti kita antara muslimah yang telah Allah pelihara..InsyaAllah..

Semua insan ingin hidup berpasangan (termasuk penulis)..Indah dengan bunga-bunga rahmah dan sakinah..bersama-sama insan yang amat dicintainya dalam membina baitul dakwah dan mawaddah..SubhanaAllah indahnya...

Baru-baru ini saya telah ditemui oleh seorang sohibah akhowat yang telah menyatakan masalah yang sedang dihadapinya..Dia bertanya kepada saya,
“macam mana nak merawat hati yang sedang bermujahadah dengan ‘masalah hati’ (perasaan suka kepada lawan jantina tanpa ikatan apa-apa)?.”

Saya berpandangan bahawa, bermujahadah dan suka kepada lawan jantina bukanlah suatu masalah kerana ia adalah fitrah yang telah Allah titipkan ke dalam setiap jiwa yang mempunyai akal. Cuma ia kembali kepada diri seseorang individu itu bagaimana ia mengawal dan membentengi dirinya sendiri dari perkara yang melanggari syariat islamiah..

Sahabat-sahabatku yang dicintai Allah, dikasihi Rasulullah..

Untung kita apabila Allah menguji kita dengan mujahadah hati. Sekurang-kurangnya kita tahu apa itu peperangan melawan hawa nafsu dan kita tahu bila masanya kita menang..kita juga tahu dimana tahap keimanan kita melalui ujian-ujian ini..bermujahadahlah wahai hati..suatu saat kau pasti akan menang..mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
Tingkatkanlah ilmu dan perjuangkanlah ia dengan iman..Berkongsilah dengan Allah...walaupun kita tidak mengadu kepadaNya melalui lisan sekalipun, Dia Maha mengetahui apa yang anda rasai didalam hati. Lihatlah betapa ramai umat Islam yang telah gagal berhadapan dengan mujahadah hati. Tewas digenggaman syaitan. Gagal sehingga tegar melakukan maksiat kepada Allah..wa na’uzubillah...

Kepada Yang Masih Bersendirian..

Bersabarlah..bakal Imam atau permaisuri hidup anda akan tiba tidak lama lagi..mereka juga sedang mempersiapkan segala keperluan hidup bersama anda dari sudut ruhiyyah..Jodoh lambat tiba bukan alasan anda ‘tidak mempunyai apa-apa’..
Lelaki atau wanita yang beriman akan memilih agama dan akhlaq anda sebagai perisai kirinya dalam bahtera kehidupannya...Memilih kamu kerana Allah! Hanyalah kerana Allah!
Saya ingin berkongsi pesanan ini :
“...Berusaha mencari orang yang baik-baik untuk dijadikan pasangan hidup adalah suatu yang baik tapi lebih baik menjadikan diri sendiri seorang yang baik terlebih dahulu.. Baik adalah subjektif dan baik dalam konteks ini adalah yang mempelajari agama Islam dan mengamalkannya..berusahalah menjadi baik kepada lebih baik..semoga kita dipertemukan jodoh dengan orang baik agamanya...insyaAllah..

Sahabat-sahabat yang sedang mencari semoga ketemu jua...ayuh saling mendoakan..

“...kalau sekarang dia belum juga hadir menyapa kita dengan senyum manisnya, kita yakin suatu saat nanti dia akan tiba. Dia hadir dengan sekarung cinta dan kasih sayang yang selalu kita nantikan. Menambat hati kepada pemegang hidup kita, Allah SWT akan lebih mententeramkan hati dan melembutkan jiwa. Rasa gelisah, gundah dan payah tersapu sudah oleh kuatnya keyakinan iman yang menancap di dada. Kita bukan generasi yang mudah putus asa. Semangat yang kita miliki akan selalu mekar oleh jiwa yang kita miliki. Harapan kita kepada Allah adalah harapan yang bukan main-main. Kita boleh saja berharap pada orang-orang yang kita andaikan, tapi harapan kepada Allah tidak boleh pupus begitu saja. Justeru harapan kepada Allah ini lah yang akan menjadi bara api dalam hati yang selalumemotivasikan hati. Allah tidak tidur, Dia akan selalu mendengar doa kita...”
(Petikan Buku Ya Allah, Aku Tidak Ingin bersendirian)

 (gambar hiasan)

Semoga saling berjaya dalam proses mujahadah hati dan memiliki serta mendampingi pasangan yang soleh-solehah..
Amen insyaAllah..

1 ulasan:

  1. mujahadah hati. Cinta dlm diam akan bersuara dgn izin Allah pd saat yg tepat..

    BalasPadam