"...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." Surah As-Saff ayat 4

Khamis, 2 Jun 2011

KEHIDUPAN BARU DITEMPAT BARU (17-19 MEI 2011)


Alhamdulillah hari ni saya memulakan  perjalanan baru ditempat yang baru..setelah satu jam dalam perjalanan, akhirnya saya tiba ditempat yang dirancangkan dengan bantuan kak long dan abg ipar saya..cuti ini bukanlah yang sia-sia..inilah waktunya untuk saya sekali lagi menginfakkan diri ini di jalan NYA..Cuti ni saya sempat menghabiskan masa yang berbaki kosong selama 3 hari di sebuah rumah perlindungan dan pemulihan wanita ISLAM..saya ke sini bertujuan membantu mereka dalam mempelajari ilmu bahasa arab..kata seorang sahabat saya sebelum saya ke sana, mereka tidak sabar nak belajar bahasa arab..hati saya semakin teruja untuk membantu atas nama ALLAH wlupun sedikit saja yang saya mampu..saya berharap kepada sesiapa yang membaca tulisan saya ini agar dapat membuang jauh-jauh sangkaan negatif dan yang seumpama dengannya kepada sesiapa sekalipun..penulisan ini hanya sekadar pengajaran dan ibarah bersama selama saya disini untuk semua dan tiada niat membuka aib mana-mana pihak dan tidak lansung ke arah itu..dan dihujungnya akan saya gulungkan beberapa pengajaran dari apa yang saya lalui dan apa yang saya kongsikan disini..

PENGAJARAN DAN PEMPELAJARAN BERMULA...
Pelajaran pertama pun bermula..bila ditanya bagaimana? semuanya member respon yang sangat ringkas dan positif. pada malam itu selepas sesi pembelajaran, saya sempat berbual panjang  bersama beberapa penghuni disana..soalan yang cukup ringkas dan soalannya seolah-olah menginginkan jawapan yang tidak mengecewakan..saya sedaya upaya memberi jawapan yang munasabah dan mudah difahaminya..saya amati setiap bait ucapan mereka, soalan- soalan mahupun jawapan dari mereka..demi ALLAH, jauh di sudut hati saya, mereka lebih beruntung dan bertuah di sisi ALLAH..kerana mereka antara insan-insan yang dipilih ALLAH untuk kembali kepadanya dalam keadaan fitrah sedangkan ada orang yang nampak diluarannya syumul beragama namun masih tidak komited terhadap agamanya..sungguh saya segan apabila berhadapan dengan mereka..antara soalan2 yang diajukan kepada saya pada malam tu ialah berkaitan dengan taubat seorang hamba, penyesalan, mehnah kehidupan setelah memeluk agama ISLAM, peluang dan ruang kehidupan hidup ini dan pelbagai lagi...bagi saya itu adalah soalan-soalan yang biasa didengar tapi bagi mereka, setiap jawapan yang mereka perolehi dari soalan itu sungguh berharga dan bermakna..

SOALANNYA DAN JAWAPANKU…
ada yang bertanya tentang dosa dan peristiwa lalu..saya merenung jauh wajahnya semasa soalan sedang diajukan..katanya lagi..”saya menyesal dengan perbuatan saya lalu kak..adakah tuhan menerima taubat saya?”
Jawabku : “Allah maha penerima taubat..sebesar dan tinggi mana dosa-dosa kita, jika kita bertaubat dan ikhlas kembali kpd Allah, nescaya Allah akan menerimanya..segalanya terletak digenggaman Allah SWT.. sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang bertaubat diatas kesilapan dan dosa-dosanya yg lalu....siapalah kita untuk meragui akan kekuasaanNYA..sentiasalah bersangka baik terhadap Allah SWT tanpa menimbulkan keraguan kepadaNYA..Allah tidak penah menjadikan sesuatu dengan sia-sia, walaupun kehidupan kita ini penuh dengan noda-noda dan dosa maka penghapusnya adalah kembali kepada Allah SWT..Jangan merenung dosa-dosa lalu..cukuplah menyesal dengan perbuatan lalu dan berazam tidak akan mengulanginya lagi..Maka bersyukurlah kamu kerana dipilih Allah SWT sebagai hamba yang kembali kepadaNYA….”
Seorang lagi sahabat penghuni disana bertanya dalam suasana yang sama :”kak..dila (bkn nama sebenar) tak fahamlah apa maksud peluang??  Ustaz Rashidi ada bagitahu Dila, yang Dila ni bertuah sebab Allah bagi peluang..tapi tak jelaskan dengan teliti apa maksud peluang tu.. “ Begitulah intonasi bahasanya, seorang remaja muallaf yang dahulunya beragama hindu..Dila pernah mengalami  kemalangan yang teruk setahun yang lalu..takdir Allah, kini dia sihat dan ceria =)
Jawabku :”Dila…setiap hembusan dan helaan nafas kita adalah peluang dan ruang yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita..(saya memahami maksud tersirat Ustaz Rashidi mengenai ‘peluang’  itu..
“Dila, yang dimaksudkan dengan peluang itu adalah kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk kita  kembali kepadaNYA…peluang untuk kita memperbaiki diri, rohani dan sahsiah kea rah yang lebih baik..mungkin sebelum ini hubungan kita dengan Allah renggang maka melalui peristiwa itu (kemalangan yang hamper meragut nyawanya), Allah ingin menjadikannya sebagai ‘itibar dan peringatan yang cukup baik kepada kita semua bahawa setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan kasih dan cintanya Allah kepada kita melebihi dan menandingi kemurkaannya terhadap apa yang telah kita lakukan…lihatlah betapa luasnya rahmah Allah SWT jika kita benar-benar berfikir melalui sesuatu musibah yang menimpa..”

KITA..
Mereka sedang menjalani proses pembaikan jiwa dan kita sebagai masyarakat sekeliling harus memberi rangsangan kepada mereka dan tidak menghukum mereka terhadap apa yang telah mereka lakukan dulu..kita bukan sesiapa yang layak menghukum perbuatan mereka, tapi wajar mengambil iktibar terhadap apa yang dah berlaku..Sangkaan baik terhadap Allah adalah wajib sebagai bukti kita tiada keraguan terhadapnya (segala hukum alam dan percaturan kehidupan manusia). namun sebagai manusia, kita hendaklah berusaha kearah kebaikan akan terhindar dari perkara-perkara yang dilarang. Peranan kita sangat besar dalam menyampaikan dakwah dan tarbiyyah..Walaupun soalan yang mungkin mudah kita dengari, namun bukan jawapan yang remeh didengari bagi mereka…bagi mereka, sungguh bermakna.. =)

DAN AKU…
Selama 3 hari 2 malam disana, banyak yang saya belajar dari mereka…belajar melalui cerita dan pengalaman mereka serta perkongsian cerita dimana mereka sendiri merasai dan melaluinya (kehidupan gelap). Belajar melalui keadaan dan suasana…Saya ada meninggalkan catatan saya kepada seorang sahabat disana: ”Ukhtiku sayang..Allah sungguh mencintai dan menyanyagimu walau dimana kamu berpijak…walauapa yang pernah dan sedang kau lalui dalam getir kehidupanmu, Allah selamanya ada bersamamu…janganlah berhenti pergantungan dari Tuhanmu..kerana Dialah sebaik-bbaik pergantungan dan pemelihara kehidupan manusia…Dan janganlah kau berputus asa dari rahmat Tuhan…”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan