"...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." Surah As-Saff ayat 4

Selasa, 3 April 2012

Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendirian

Bismillah...


Siapa yang ingin hidup bersendirian?? Jawapan ini mustahil jika dikatakan “YA”..
Tiada siapa yang bisa menolak fitrah suci yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT..
Tapi bagaimana ya hendak menanggung gelojak hati yang bergelora??
Aduh, sungguh mujahadah hati itu sangat pahit...
Jika boleh dinilai atau ditimbang status mujahadah hati ini, pasti kita antara muslimah yang telah Allah pelihara..InsyaAllah..

Semua insan ingin hidup berpasangan (termasuk penulis)..Indah dengan bunga-bunga rahmah dan sakinah..bersama-sama insan yang amat dicintainya dalam membina baitul dakwah dan mawaddah..SubhanaAllah indahnya...

Baru-baru ini saya telah ditemui oleh seorang sohibah akhowat yang telah menyatakan masalah yang sedang dihadapinya..Dia bertanya kepada saya,
“macam mana nak merawat hati yang sedang bermujahadah dengan ‘masalah hati’ (perasaan suka kepada lawan jantina tanpa ikatan apa-apa)?.”

Saya berpandangan bahawa, bermujahadah dan suka kepada lawan jantina bukanlah suatu masalah kerana ia adalah fitrah yang telah Allah titipkan ke dalam setiap jiwa yang mempunyai akal. Cuma ia kembali kepada diri seseorang individu itu bagaimana ia mengawal dan membentengi dirinya sendiri dari perkara yang melanggari syariat islamiah..

Sahabat-sahabatku yang dicintai Allah, dikasihi Rasulullah..

Untung kita apabila Allah menguji kita dengan mujahadah hati. Sekurang-kurangnya kita tahu apa itu peperangan melawan hawa nafsu dan kita tahu bila masanya kita menang..kita juga tahu dimana tahap keimanan kita melalui ujian-ujian ini..bermujahadahlah wahai hati..suatu saat kau pasti akan menang..mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
Tingkatkanlah ilmu dan perjuangkanlah ia dengan iman..Berkongsilah dengan Allah...walaupun kita tidak mengadu kepadaNya melalui lisan sekalipun, Dia Maha mengetahui apa yang anda rasai didalam hati. Lihatlah betapa ramai umat Islam yang telah gagal berhadapan dengan mujahadah hati. Tewas digenggaman syaitan. Gagal sehingga tegar melakukan maksiat kepada Allah..wa na’uzubillah...

Kepada Yang Masih Bersendirian..

Bersabarlah..bakal Imam atau permaisuri hidup anda akan tiba tidak lama lagi..mereka juga sedang mempersiapkan segala keperluan hidup bersama anda dari sudut ruhiyyah..Jodoh lambat tiba bukan alasan anda ‘tidak mempunyai apa-apa’..
Lelaki atau wanita yang beriman akan memilih agama dan akhlaq anda sebagai perisai kirinya dalam bahtera kehidupannya...Memilih kamu kerana Allah! Hanyalah kerana Allah!
Saya ingin berkongsi pesanan ini :
“...Berusaha mencari orang yang baik-baik untuk dijadikan pasangan hidup adalah suatu yang baik tapi lebih baik menjadikan diri sendiri seorang yang baik terlebih dahulu.. Baik adalah subjektif dan baik dalam konteks ini adalah yang mempelajari agama Islam dan mengamalkannya..berusahalah menjadi baik kepada lebih baik..semoga kita dipertemukan jodoh dengan orang baik agamanya...insyaAllah..

Sahabat-sahabat yang sedang mencari semoga ketemu jua...ayuh saling mendoakan..

“...kalau sekarang dia belum juga hadir menyapa kita dengan senyum manisnya, kita yakin suatu saat nanti dia akan tiba. Dia hadir dengan sekarung cinta dan kasih sayang yang selalu kita nantikan. Menambat hati kepada pemegang hidup kita, Allah SWT akan lebih mententeramkan hati dan melembutkan jiwa. Rasa gelisah, gundah dan payah tersapu sudah oleh kuatnya keyakinan iman yang menancap di dada. Kita bukan generasi yang mudah putus asa. Semangat yang kita miliki akan selalu mekar oleh jiwa yang kita miliki. Harapan kita kepada Allah adalah harapan yang bukan main-main. Kita boleh saja berharap pada orang-orang yang kita andaikan, tapi harapan kepada Allah tidak boleh pupus begitu saja. Justeru harapan kepada Allah ini lah yang akan menjadi bara api dalam hati yang selalumemotivasikan hati. Allah tidak tidur, Dia akan selalu mendengar doa kita...”
(Petikan Buku Ya Allah, Aku Tidak Ingin bersendirian)

 (gambar hiasan)

Semoga saling berjaya dalam proses mujahadah hati dan memiliki serta mendampingi pasangan yang soleh-solehah..
Amen insyaAllah..

Khamis, 3 November 2011

JAWATAN MPP ADALAH TAKLIFAN..BUKAN TASHYRIF...

Bersyukur ke hadrat Allah SWT, hingga kini masih di kurniakn lagi kudrat kehidupan yang baik, dengan segala kenikmatan dan kasih sayang daripadaNYA..


Sedang asyik duduk di pejabat Majlis Perwakilan Pelajar USIM, terpandang wajah-wajah saff pimpinan MPP 2011..Gambar yang diambil setelah usai watikah perlantikan dan angkat sumpah bersama NC dan TNC HEPA..laju degupan nadi dan terasa kehangatan aliran darah ditubuh saya seolah-olah merasa berat untuk menggalas janji bersaksikan Para Malaikat dan Kekasih Agungku..

Lama sudah saya ingin menulis..kali ini saya gagahkan juga jari jemari melakar rasa..Sekadar untuk perkongsian minda,flashback balik tujuan penciptaan diri kita...Saya tanya semula ke jauh sanubari, "hmm...buat apalah aku duduk kat sini..?"

Kawan2 sibuk sedang bekerja...ada yang sedang bergembira dgn keluarga di rumah..ada yang masanya terbuang begitu saja..bukan ingin mennyatakan disini tugas-tugasan (MPP) ini adalah yang paling mulia, tapi sekurang-kurangnya, masa yang dianugerahkan kepada ku tidak dibuang dengan sia-sia..syukur alhamdulillah...

"...Demi masa..sesungguhnya manusia di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..."
(Surah al-Ashr ayat 1-3)

Ada yang bertanya.."bagaimana dengan gerakan jemaah? ABIM? PKPIM? KPIJ?...di kampus lagi..? bagaimana study?? pointer makin naik atau bagaimana?? masa untuk belajar cukupkah?? jam berapa tidur setiap malam??..Family tak kisah??.." ...Aduh..!! beratnya soalan yang diajukan..tapi hakikatnya mudah saja..

Dengan kekuatan dari Zat yang Maha Agung, saya tidak berlengah untuk menjawab.."..Apa nak bimbang..Tuhan kan selamanya ada..siapa lagi yang menguruskan percaturan hidup kita jika bukan Dia..."
Kembalilah kepada asal tujuan penciptaan kita...untuk apakah...dari mana kita datang dan ke mana kita akan dikembalikan...sudah semestinya segalanya kerana Allah..!

"...Sesiapa yang bertawakkal kpd Allah, akan dipermudahkn baginya jalan keluar.."

(rujuk Surah at-Talaq ayat 3-5)

Sahabat-sahabat...setiap inci kehidupan ini bukan hanya milik kita saja, bahkan milik Tuhan...dipinjamkan untuk berjasa kepada Umat..! Allah telah mengamanahkan kehidupan kita sebagai Hamba dan Khalifah (HamKha), mana mungkin kita bisa mengkhianati amanah untuk mengimarahkan bumi ini bersama islam...

Tidak kiralah amanah dan jawatan apa saja yang ditaklifkan ke atas kita sekalipun, pikullah dengan sebaik-baiknya atas kalimah syahadah...Ikhlaskan niat keranaNya...Nescaya segala usahamu akan dipermudahkan Allah..

Ucapanku lagi kepada mereka..." Aku tahu hidupku amatlah singkat, usiaku semakin pendek, ajalku semakin dekat.. maka haruslah aku memberi erti bagi semua, hingga akhirnya hanya akan ada satu pilihan: memberikan yang terbaik..untuk diri dan manusia sejagat...Tuhan, aku brhasrat mnjadi jurubicara Ummat dalam usaha2 ku ini..Sungguh ingin merasai perasaan Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah kepada kaumnya.."
Hadis : “Akan senantiasa ada di antara umatku suatu kelompok yang tampil membela kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghina (tidak menolong) mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka tetap dalam keadaan demikian.” (HR. Muslim)

Allah..

peliharalah jiwa2 kami di jalan ini.
di jalan kepimpinan, tarbiyyah dan dakwah..

Khamis, 23 Jun 2011

Hadiah Buat Ayahndaku di Hari Bapa

Saya mengimbau kembali...kegembiraan 2 tahun lalu sempena hari bapa..hadiah yang sungguh barharga yang pernah kami berikan kepadanya...hadiah berupa sebuah usaha yang menantikan kejayaan kelak.. =)


PENERIMAAN KEMASUKAN KE IPTA..
Detik yang sangat mendebarkan sebelum menerima jawapan dari UPU..setelah mengetahui jawapan, alhamdulillah ternyata saya dapat melayakkan diri melangkah meneruskan dunia pembelajaran di peringkat universiti..yang saya yakin juga menjadi harapan kedua ibu bapa saya..Tergesa-gesa saya pantas mencapai telefon bimbit memberitakan khabar gembira itu kepada kedua ibu bapa dan sanak saudara. Perkataan yang saya dengar dari ungkapan ayah adalah 'Allahu Akhbar!"..
Emak pula sudah esak menangis setelah mendapat berita baik itu. Namun, kami sekeluarga masih lagi menunggu jawapan dari kakak yang juga memohon kemasukan ke IPTA pada tahun yang sama..


SELEPAS MAGHRIB, PANGGILAN DARI AYAH..
Selepas maghrib saya mendapat khabar berita yang juga menggembirakan dari kakak..Kakak juga telah diterima tawaran belajar di IPTA, dan dengan keizinan Allah SWT, kami akan masuk ke IPT yang sama, juga di fakulti yang sama...SubhanaALLAH..! 
Beberapa minit kemudian, ayah menghubungi saya, meluahkan rasa kegembiraannya terhadap usaha kami..ayah berkata kepada saya: "Adik, hari ni ayah gembira sangat..umpama sejarah baru dalam hidup ayah brlaku..anak-anak ayah dapat sambung belajar.." =)


DI DALAM KERETA..
Di dalam kereta, semasa ayah menghantar kami ke stesen bas (kerana tidak dapat ikut bersama ke Kuala Lumpur), pelbagai pesanan yang telah ayah sampaikan..jauh di sudut hati ini, dah tak sanggup nak dengar lagi...nasihat yang penuh harapan sebagai amanah kepada kami 2 beradik yang akan mula meninggalkan rumah serentak. Nasihat-nasihat ayah sungguh meruntun hati, menyebakkan..tiada apa-apa lagi ucapan yang bisa kami ungkapan...hanya tunduk mengiyakan dalam genangan airmata.. =(


PEMERGIAN INI ADALAH HADIAH BUATMU DI HARI BAPA..
Saat ini, kami akan berpisah dengan ayah buat sementara..semasa kami sibuk mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta, ayah langsung tidak keluar menolong kami..sangkaanku, mungkin ayah dalam kesedihan..suasana rumah akan mulai sunyi tanpa kami..saya masuk dari pintu kiri, ayah masih setia dikerusi pemandu, kakak pula menerpa di kanan ayah..saya memeluk ayah dalam keadaan yang sungguh hiba..hanya mampu memohon maaf atas segala silap dan salah dan ucapan terima kasih buat ayah selama membesarkan saya sehingga ke hari ini..juga saya ucapkan kepada ayah : " tiada hadiah dari adik dan kakak sempena hari bapa ini..tapi anggaplah langkah awal kejayaan ini adalah merupakan hadiah sempena hari bapa buat ayah.." 
Waktu itu ayah juga tidak mampu berkata apa-apa..kami masih erat dipelukan kiri dan kanannya..terdengar seolah-olah ayah menahan sebak dalam diam..
 
ITU ADALAH KEJAYAANNYA, IKTIBAR UNTUK KITA SEMUA..
Penerimaan masuk ke IPTA hakikatnya adalah kejayaan emak dan ayah yang banyak berusaha mendidik dan memberi segala yang terbaik buat kami adik-beradik..tanpa usaha mereka, siapalah kami..Segala nasihat dan pesanannya sejak 2 tahun yang lalu adalah amanah buat kami hingga kini..


Begitu juga buat sahabat-sahabat pembaca, kita adalah amanah mereka (ibu bapa anda)..maka jagalah diri kita sebaik-baiknya..kata-kata siapa lagi yang nak kita dengari jika bukan mereka, insan yang paling mulia dalam hidup kita..Jika kita kata kita sedang bahagia dan gembira dengan apa yang telah kita capai disaat ini, ketahuilah bahawa mereka lebih bahagia dan gembira melihat apa yang telah kita ada..Manakan tidak, merekalah antara insan yang bersama berusaha memberi yang yang terbaik dalam kehidupan kita agar kita mendapat segala kecemerlangan dari apa yang telah mereka usahakan..maka kejayaan ini adalah hak mutlak mereka juga..


Hargailah mereka sepanjang masa..
Hari Bapa bukan 'satu' hari sahaja..tetapi selamanya.. =)


"..siapakah yang lebih mulia,
dari mereka yang tidak lupa.."


Insan yang lahir dari rahim ibu yang amat penyayang
(admin bersama sahabat)

Rabu, 22 Jun 2011

Aku Cerminan Dirinya...Dia Cerminan Diriku..

by Nor Husma Husin on Monday, April 11, 2011 at 7:31am


Berusaha mencari orang yang baik-baik untuk dijadikan pasangan hidup adalah suatu yang baik tapi lebih baik menjadikan diri sendiri seorang yang baik terlebih dahulu.. Baik adalah subjektif dan baik dalam konteks ini adalah yang mempelajari agama Islam dan mengamalkannya..berusahalah menjadi baik kepada lebih baik..semoga kita dipertemukan jodoh dengan orang baik agamanya...insyaAllah..shbt2 yg sdg mncari smoga ketemu jua ye...ayuh saling mendoakan..






Khamis, 2 Jun 2011

KEHIDUPAN BARU DITEMPAT BARU (17-19 MEI 2011)


Alhamdulillah hari ni saya memulakan  perjalanan baru ditempat yang baru..setelah satu jam dalam perjalanan, akhirnya saya tiba ditempat yang dirancangkan dengan bantuan kak long dan abg ipar saya..cuti ini bukanlah yang sia-sia..inilah waktunya untuk saya sekali lagi menginfakkan diri ini di jalan NYA..Cuti ni saya sempat menghabiskan masa yang berbaki kosong selama 3 hari di sebuah rumah perlindungan dan pemulihan wanita ISLAM..saya ke sini bertujuan membantu mereka dalam mempelajari ilmu bahasa arab..kata seorang sahabat saya sebelum saya ke sana, mereka tidak sabar nak belajar bahasa arab..hati saya semakin teruja untuk membantu atas nama ALLAH wlupun sedikit saja yang saya mampu..saya berharap kepada sesiapa yang membaca tulisan saya ini agar dapat membuang jauh-jauh sangkaan negatif dan yang seumpama dengannya kepada sesiapa sekalipun..penulisan ini hanya sekadar pengajaran dan ibarah bersama selama saya disini untuk semua dan tiada niat membuka aib mana-mana pihak dan tidak lansung ke arah itu..dan dihujungnya akan saya gulungkan beberapa pengajaran dari apa yang saya lalui dan apa yang saya kongsikan disini..

PENGAJARAN DAN PEMPELAJARAN BERMULA...
Pelajaran pertama pun bermula..bila ditanya bagaimana? semuanya member respon yang sangat ringkas dan positif. pada malam itu selepas sesi pembelajaran, saya sempat berbual panjang  bersama beberapa penghuni disana..soalan yang cukup ringkas dan soalannya seolah-olah menginginkan jawapan yang tidak mengecewakan..saya sedaya upaya memberi jawapan yang munasabah dan mudah difahaminya..saya amati setiap bait ucapan mereka, soalan- soalan mahupun jawapan dari mereka..demi ALLAH, jauh di sudut hati saya, mereka lebih beruntung dan bertuah di sisi ALLAH..kerana mereka antara insan-insan yang dipilih ALLAH untuk kembali kepadanya dalam keadaan fitrah sedangkan ada orang yang nampak diluarannya syumul beragama namun masih tidak komited terhadap agamanya..sungguh saya segan apabila berhadapan dengan mereka..antara soalan2 yang diajukan kepada saya pada malam tu ialah berkaitan dengan taubat seorang hamba, penyesalan, mehnah kehidupan setelah memeluk agama ISLAM, peluang dan ruang kehidupan hidup ini dan pelbagai lagi...bagi saya itu adalah soalan-soalan yang biasa didengar tapi bagi mereka, setiap jawapan yang mereka perolehi dari soalan itu sungguh berharga dan bermakna..

SOALANNYA DAN JAWAPANKU…
ada yang bertanya tentang dosa dan peristiwa lalu..saya merenung jauh wajahnya semasa soalan sedang diajukan..katanya lagi..”saya menyesal dengan perbuatan saya lalu kak..adakah tuhan menerima taubat saya?”
Jawabku : “Allah maha penerima taubat..sebesar dan tinggi mana dosa-dosa kita, jika kita bertaubat dan ikhlas kembali kpd Allah, nescaya Allah akan menerimanya..segalanya terletak digenggaman Allah SWT.. sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang bertaubat diatas kesilapan dan dosa-dosanya yg lalu....siapalah kita untuk meragui akan kekuasaanNYA..sentiasalah bersangka baik terhadap Allah SWT tanpa menimbulkan keraguan kepadaNYA..Allah tidak penah menjadikan sesuatu dengan sia-sia, walaupun kehidupan kita ini penuh dengan noda-noda dan dosa maka penghapusnya adalah kembali kepada Allah SWT..Jangan merenung dosa-dosa lalu..cukuplah menyesal dengan perbuatan lalu dan berazam tidak akan mengulanginya lagi..Maka bersyukurlah kamu kerana dipilih Allah SWT sebagai hamba yang kembali kepadaNYA….”
Seorang lagi sahabat penghuni disana bertanya dalam suasana yang sama :”kak..dila (bkn nama sebenar) tak fahamlah apa maksud peluang??  Ustaz Rashidi ada bagitahu Dila, yang Dila ni bertuah sebab Allah bagi peluang..tapi tak jelaskan dengan teliti apa maksud peluang tu.. “ Begitulah intonasi bahasanya, seorang remaja muallaf yang dahulunya beragama hindu..Dila pernah mengalami  kemalangan yang teruk setahun yang lalu..takdir Allah, kini dia sihat dan ceria =)
Jawabku :”Dila…setiap hembusan dan helaan nafas kita adalah peluang dan ruang yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita..(saya memahami maksud tersirat Ustaz Rashidi mengenai ‘peluang’  itu..
“Dila, yang dimaksudkan dengan peluang itu adalah kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk kita  kembali kepadaNYA…peluang untuk kita memperbaiki diri, rohani dan sahsiah kea rah yang lebih baik..mungkin sebelum ini hubungan kita dengan Allah renggang maka melalui peristiwa itu (kemalangan yang hamper meragut nyawanya), Allah ingin menjadikannya sebagai ‘itibar dan peringatan yang cukup baik kepada kita semua bahawa setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan kasih dan cintanya Allah kepada kita melebihi dan menandingi kemurkaannya terhadap apa yang telah kita lakukan…lihatlah betapa luasnya rahmah Allah SWT jika kita benar-benar berfikir melalui sesuatu musibah yang menimpa..”

KITA..
Mereka sedang menjalani proses pembaikan jiwa dan kita sebagai masyarakat sekeliling harus memberi rangsangan kepada mereka dan tidak menghukum mereka terhadap apa yang telah mereka lakukan dulu..kita bukan sesiapa yang layak menghukum perbuatan mereka, tapi wajar mengambil iktibar terhadap apa yang dah berlaku..Sangkaan baik terhadap Allah adalah wajib sebagai bukti kita tiada keraguan terhadapnya (segala hukum alam dan percaturan kehidupan manusia). namun sebagai manusia, kita hendaklah berusaha kearah kebaikan akan terhindar dari perkara-perkara yang dilarang. Peranan kita sangat besar dalam menyampaikan dakwah dan tarbiyyah..Walaupun soalan yang mungkin mudah kita dengari, namun bukan jawapan yang remeh didengari bagi mereka…bagi mereka, sungguh bermakna.. =)

DAN AKU…
Selama 3 hari 2 malam disana, banyak yang saya belajar dari mereka…belajar melalui cerita dan pengalaman mereka serta perkongsian cerita dimana mereka sendiri merasai dan melaluinya (kehidupan gelap). Belajar melalui keadaan dan suasana…Saya ada meninggalkan catatan saya kepada seorang sahabat disana: ”Ukhtiku sayang..Allah sungguh mencintai dan menyanyagimu walau dimana kamu berpijak…walauapa yang pernah dan sedang kau lalui dalam getir kehidupanmu, Allah selamanya ada bersamamu…janganlah berhenti pergantungan dari Tuhanmu..kerana Dialah sebaik-bbaik pergantungan dan pemelihara kehidupan manusia…Dan janganlah kau berputus asa dari rahmat Tuhan…”



Isnin, 18 April 2011

Kesetiaan Asas Kekuatan Dakwah: Presiden ABIM



Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Muhamad Razak Idris menyeru seluruh warga ABIM untuk terus setia kepada gerakan dakwah. Ini kerana cabaran dakwah yang harus dijayakan kini amat mencabar dan menuntut kepada satu tahap kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada gerakan. 



Beliau menyeru semua warga ABM untuk bergerak secara berjemaah. “Marilah kita bergerak secara berjemaah demi mengharapkan reda Allah. Untuk itu, kita hendaklah sentiasa memantapkan tarbiyyah diri kita ke arah menjadi seorang pendakwah yang ikhlas dan beradab di dalam setiap gerak usaha dakwah kita”. Muhamad Razak berkata demikian semasa menyampaikan ucapan aluan di Majlis Minum Petang Pusat Pembangunan Wanita (PPW) di Dewan Besar Dar al-Hikmah di sini.


Beliau turut menyeru semua warga mengamalkan sikap rendah diri dan menghayati adab-adab sebagai pendakwah di dalam gerakan Islam. Ini bagi memastikan pandakwah tidak tergelincir dari batas-batas ajaran syariah. “Kita jangan sesekali mudah lalai dan alpa kepada Allah sehingga membawa kita keliru dan tergelincir dari batas-batas syariah Islamiyyah dalam kehidupan kita. Jangan sesekali kerana sedikit kedudukan yang kita miliki, kita sudah berasa sempurna dalam ilmu dan adab sehingga boleh melanggar batas-batas adab hidup berjemaah”, tambah beliau.


Menurut Muhamad Razak lagi, setia di dalam gerakan dakwah amat penting kerana, “kesetiaan kita semua akan memastikan madrasah dakwah kita terus kuat dan ini tentu akan membolehkan kita menyumbang dengan bermakna kepada pembangunan agama di negara kita secara berterusan pada masa akan datang”. Di dalam majlis minum petang tersebut juga, Muhamad Razak meminta semua warga menyumbang tenaga dan kewangan bagi pembangunan PPW. Pusat ini merupakan agensi khusus yang ditubuhkan ABIM bagi menggerakkan program pembangunan keluarga dan wanita.


Kini, PPW akan beroperasi di sebuah rumah yang akan dikenali sebagai “Bayt al-Rahmah”. Rumah ini bertempat di Kampong Melayu Ampang akan berfungsi sebagai pusat kegiatan PPW di samping berperanan sebagai Rumah Perlindungan Sementara bagi wanita-wanita yang menghadapi krisis dan memerlukan pertolongan. PPW juga akan menawarkan khidmat kaunseling dan program latihan kepada wanita-wanita terpilih secara berterusan. 

SUMBER : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Ahad, 3 April 2011

WANITA ACUAN AL QURAN


OLEH : NOR HUSMA HUSIN tinta_hamba@yahoo.com norhusma90.blogspot.com


Sungguh bertuah wanita yang dilahirkan dalam kalangan muslimah (beragama Islam). Islam sangat menjaga maslahah ummah..


ADUHAI WANITA ISLAM...
“Wanita  hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..” Demikian bait lagu oleh kumpulan In Team yang popular satu ketika dahulu. Islam memberikan penghormatan kepada kaum wanita. Hiasan dsini bermaksud sentiasa menjaga kehormatan diri, menghiasi diri dengan akhla dan tingkah laku mahmudah serta menjadikan akhlaq sebagai pakaian diri walau di mana saja ia berada. Sejak kedatangan Islam, wanita dan lelaki adalah sama taraf.
            Tidak dapat dinafikan bahawa Islam memandang wanita sebagai insan yang sangat penting setelah lelaki dalam peranan dan urusan serta keberadaannya di mana sahaja.  Dengan menuntut ilmu dapat dirasakan amat cukup untuk menunjukkan bahawa kedudukan wanita dalam Islam sangat dihormati dan iaya suatu kedudukan mulia di hadapan Allah dan manusia. Kelembutan perasaan yang diciptakan oleh Allah SWT, ketajaman kebolehan dan kepekaan terhadap segala sesuatu menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung  emosional daripada intelektual. Justeru itu, inilah yang menjadikan watak keibuannya selalu segar, mengalir dan terpelihara dengan penuh kasih sayang.Wanita tersimpan kasih sayang dan kerana itulah ia bersifat lemah lembut. Inilah sifat sebenar seorang wanita.Wania berperanan memberiakn pendidikan dan zuriat yang bermula dari alam rahim  ibu sebelum dilahirkan di muka bumi ini.  Inilah kedudukan yang tepat bagi wanita dalam mewujudkan peranan utamanya sesuai dengan tujuan penciptaannya, iaitu sebagai pembantu, pendamping dan pelengkap hidup insan yang benama lelaki.  

KE ARAH MUSLIMAH BERTAQWA
Wanita muslimah hendaklah sentiasa berusaha mencapai darjat yang diidamkan oleh Islam, iaitu menjadi wanita solehah. Muslimah yang beriman dengan Allah SWT, Rasulullah, Malaikat, hari akhirat serta qada’ dan qadar dengan sebenar-benar keimanan. Juga   menjadikan al Quran sebagai pedoman dalam meniti lembaran kehidupan seharian. Muslimah yang bertaqwa adalah muslimah yang menundukkan pandangan, menjaga maruah dan kehormatan diri sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud :
 “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan jangan menampakkan auratnya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka.........”
                                                                                                   (Surah An Nur :31)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah SWT  menghendaki supaya dihapuskan daripada mereka perkara-perkara yang mencemarkan diri dan martabat mereka sebagai wanita Islam. Kerana Allah ingin membersihkannya sebersih-bersihnya dengan cara pemakaian yang sempurna. Segala yang baik dari perbuatan kamu (menjadi pakaian) diri sendiri (akhlak). Untuk menjadi wanita ke arah ketaqwaan, iamestilah mengikut arahan dan melakukan segala yang disuruh oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

SIFAT-SIFAT MUSLIMAH SOLEHAH
Ø  Beriman dengan sebenar-benar iman kepada Allah SWT
Ø  Mentaati dan ihsan kepada kedua ibu bapa
Ø  Muslimah solehah  menunaikan dan  melaksanakan segala kebaikan
Ø  Memiliki sifat mahmudah
Ø  Menjaga kualiti solat (solat di awal waktu)
Ø  Kualiti kesabaran yang  tinggi  (sabar banyak memihak kepada kaum wanita kerana kesabarannya terlalu tinggi)
Ø  Sentiasa memaafkan orang lain
Ø  Membincangkan hanya perkara yang baik
Ø  Tidak memakai pakaian yang menyerupai kaum lelaki atau kaum lain
Ø  Menutup aurat dengan sempurna dan berpakaian menurut pandangan Islam
Ø  Sensitif dengan dosa
Ø  Sedia berbakti untuk keluarga, agama dan bangsa serta negara

“..Sesungghnya, beruntunglah bagi jejaka yang mengahwini seorang wanita yang menjaga maruahnya (menutup aurat dengan sempurna) kerana rahsia itu hanya layak diketahui oleh sang jejaka yang bergelar suami. Tidak pula seperti wanita yang bersahaja yang menonjolkan maruahnya sering dipertontonkan sebagai satu kebanggaan diri. Sungguh mengaibkan!..”