"...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." Surah As-Saff ayat 4

Rabu, 22 September 2010

..: Bumi Ilahi ::..



Bumi ini milik Tuhan...
Kadangkala aku malu melangkahkan kaki di bumi ini..
Hamparan hijau ini tidak layak untuk insan seperti aku..
Hamparan hijau ini selayaknya untuk mereka yang beriman, taat perintah patuh suruhan..
Lihatlah diriku, betapa kerdilnya aku disisi Allah..
Aku tunduk ke tanah, merebahkan diri,
Menilai kedhaifan ini..
Oh Tuhan,
Inilah aku..
Inilah diriku..
Inilah imanku, terlalu nipis dan ringan bak angin meniup cebisan kertas tuntas berterbangan..
Oh Tuhan..
Aku malu pada Mu..
Sungguh aku malu menetap,
mengorak langkah mencita cita hidup dan impian di bumi ini...
Tapi ke mana lagi harus ku tujui dan aku diami jika tidak disini..
Adakalanya aku melangkah perlahan kerana aku bimbang tersasar jauh dari muraqabah Mu..
Resahnya aku jika tanpa inayah Mu...
Gusarnya aku jika tanpa mawaddah Mu..
Ya Ilahi Robbi..
Akulah khalifahmu.
Akulah insan pilihan Mu
Yang Kau ciptakan untuk mengimarahkan bumi ini..
Walau siapa pun aku.
Akulah pemikul amanah Mu..
Insan yang mendiami BUMI INI...


Nukilan By NorHusma Husin
Disiarkan di IKIM.fm Pada 18 Jan 2010

1 ulasan:

  1. salam husma,just nak wish..eid mubarak..kullu 'am wa antum bikhair..maaf zahir batin ya..

    BalasPadam