"...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." Surah As-Saff ayat 4

Jumaat, 3 September 2010

Nikmat Al 'Ezzah Tiada Tandingan


Syukur nikmat dab kesabaran amat mudah diucapkan tapi sulit untuk dilaksanakan




Pertama dan selama-selamanya, Segala puji bagi Allaahu SWT, selawat dan salam buat kekasih Yang Maha Agong Muhammad SAW penghulu ummat akhir zaman. Kalam kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allahu SWT kerana dengan taufik dan inayahNYA, sehingga kini kita masih dikurniakan ni’mat islam, iman, kesihatan dan didalam setiap nikmat hembusan dan helaan nafas yang masih diberikan juga nikmat melaksanakan ibadah yang telah diizinkan oleh Yang Maha ESA. Justeru itu, izinkanlah ana melakar kalam-kalam da’wah dan tarbiyyah buat semua sohib dan sohibah pendukung islam sebagai ibadah yang telah diwajibkan ke atas tiap-tiap muslim dan mukmin di sothil ardhi ini…



Ikhwan dan Akhowat,


Apa khabar dirimu? Apa khabar imanmu? Apa khabar usiamu? Apa khabar akalmu? Apa khabar amalanmu? Apa khabar hatimu? Apa khabar roh dan jasadmu? Apa khabar ukhuwwah mu bersama Allah? Apa khabar hubunganmu sesama manusia?


Ana disini hanya mampu mendoakan segala yang terbaik buat diri antum dan antunna. Semoga setiap gerak kerja dan setiap langkah kalian disertai niat yang ikhlas kerana Allah Azza Wajalla juga diiringi mardhotillah. Insya’Allah…


Ikhwan dan Akhowat fi sabilillah..


Renungilah bait bicara Luqman al-Hakim : ” Dunia ini adalah lautan yang dalam dan telah banyak manusia yang tenggelam di dalamnya. Oleh itu, sediakanlah perahu untuk belayar di atasnya. Perahu tersebut ialah takwa kepada Allah. “


Sahabat, janganlah sesekali kita lalai dengan kenikmatan yang telah diberikan ke atas kehidupan ini. Manfaatkanlah nikmat yang dianugerahkan ini dengan penuh keimanan & ketakwaan yang mendalam kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pemberi segala nikmat dan Dialah yang berhak mengambil semula segala kenikmatan yang sedia ada. Tetapi, dalam kalangan kita masih terlalu angkuh dengan pemberian Ilahi sehingga lupa akan kebesaran dan kekuasaanNYA terhadap tiap-tiap sesuatu. Ini jelas disebut oleh Allah SWT :


قل هو الذي أنشأكم وجعل لكم السمع والأبصار والأفئدة قليلا ما تشكرون


“ Katakanlah wahai Muhammad, Allah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan pengelihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.”  (Surah al-Mulk : 23)



 Ikhwan dan Akhowat muslimin,



Dalam kalangan kita terlalu sedikit yang bersyukur diatas juzu’ kenikmatan yang telah diberi malah mempersoalkan kuantiti nikmat tersebut. Lihatlah betapa kufurnya diri kita (termasuklah diri penulis) terhadap segala anugerah kehidupan ini. Di dalam al-Quran telah berkali-kali Allah menyebut tentang kekufuran nikmat didlm surah ar rahman. Ini juga jelas disebut didalam al-quran, mafhumnya:
“Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang hendak kamu dustakan ? “ 
(Surah Ar-Rahman : 13 )


Jadi, dimanakah tahap kedudukan kita wahai sahabat ?? Tepuklah dada tanyalah iman dihati. Ketahuilah bahawa kelemahan iman merosakkan islam, takwa dan ehsan. Mensyukuri nikmat juga merupakan salah satu akhlak islamiyah, bukanlah seperti yang mudah difahami oleh manusia. Jelaslah disini bahawa ‘mengkufuri nikmat’ merupakan salah satu kerosakkan akidah yang tidak pernah kita selongkari. Kerosakkan akidah adalah punca utama segala penyakit hati, demikian juga sifat kufur yang bertamu didalam diri umat islam. Iman menjadi tunjang pelbagai aspek rohani dan jasmani kerana ia saling berkait rapat serta berperanan menguruskan jasad.


Sabda Rasulullah SAW : “ Dalam diri anak Adam ada segumpal darah. Jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya (amalan), jika buruk daging itu maka buruklah seluruh amalan. Ketahuilah bahawa segumpal darah itu adalah hati. “
Iman umpama besi. Bagi menghilangkan karat dibesi itu adalah dengan kalimah “ Laa Ilaha illah Allahu muhammadar Rasulullah. “


Firman Allah SWT :

انما الؤمنون الذين اذا ذكرالله وجلت قلوبهم واذا تليت عليهم ءايتاته زادتهم ايمانا وعلى ربهم يتوكّلون


Mafhumnya : “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imanya ) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifatNYA) gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNYA menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan jualah mereka berserah."  (Surah Al-anfal : 2)


Oleh yang demikian, natijah kalam disini, marilah bersama-sama kita memperbaiki an-nafs agar kita mampu beribadah dengan sebaik-baik amalan dan menjadi insan yang sentiasa mensyukuri ni’mat Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah SWT maksud-NYA :


“Sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku, dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah berat. “. (Surah Ibrahim : 7)
      

Wallahu a’alam…




Tiada ulasan:

Catat Ulasan