"...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." Surah As-Saff ayat 4

Khamis, 23 Jun 2011

Hadiah Buat Ayahndaku di Hari Bapa

Saya mengimbau kembali...kegembiraan 2 tahun lalu sempena hari bapa..hadiah yang sungguh barharga yang pernah kami berikan kepadanya...hadiah berupa sebuah usaha yang menantikan kejayaan kelak.. =)


PENERIMAAN KEMASUKAN KE IPTA..
Detik yang sangat mendebarkan sebelum menerima jawapan dari UPU..setelah mengetahui jawapan, alhamdulillah ternyata saya dapat melayakkan diri melangkah meneruskan dunia pembelajaran di peringkat universiti..yang saya yakin juga menjadi harapan kedua ibu bapa saya..Tergesa-gesa saya pantas mencapai telefon bimbit memberitakan khabar gembira itu kepada kedua ibu bapa dan sanak saudara. Perkataan yang saya dengar dari ungkapan ayah adalah 'Allahu Akhbar!"..
Emak pula sudah esak menangis setelah mendapat berita baik itu. Namun, kami sekeluarga masih lagi menunggu jawapan dari kakak yang juga memohon kemasukan ke IPTA pada tahun yang sama..


SELEPAS MAGHRIB, PANGGILAN DARI AYAH..
Selepas maghrib saya mendapat khabar berita yang juga menggembirakan dari kakak..Kakak juga telah diterima tawaran belajar di IPTA, dan dengan keizinan Allah SWT, kami akan masuk ke IPT yang sama, juga di fakulti yang sama...SubhanaALLAH..! 
Beberapa minit kemudian, ayah menghubungi saya, meluahkan rasa kegembiraannya terhadap usaha kami..ayah berkata kepada saya: "Adik, hari ni ayah gembira sangat..umpama sejarah baru dalam hidup ayah brlaku..anak-anak ayah dapat sambung belajar.." =)


DI DALAM KERETA..
Di dalam kereta, semasa ayah menghantar kami ke stesen bas (kerana tidak dapat ikut bersama ke Kuala Lumpur), pelbagai pesanan yang telah ayah sampaikan..jauh di sudut hati ini, dah tak sanggup nak dengar lagi...nasihat yang penuh harapan sebagai amanah kepada kami 2 beradik yang akan mula meninggalkan rumah serentak. Nasihat-nasihat ayah sungguh meruntun hati, menyebakkan..tiada apa-apa lagi ucapan yang bisa kami ungkapan...hanya tunduk mengiyakan dalam genangan airmata.. =(


PEMERGIAN INI ADALAH HADIAH BUATMU DI HARI BAPA..
Saat ini, kami akan berpisah dengan ayah buat sementara..semasa kami sibuk mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta, ayah langsung tidak keluar menolong kami..sangkaanku, mungkin ayah dalam kesedihan..suasana rumah akan mulai sunyi tanpa kami..saya masuk dari pintu kiri, ayah masih setia dikerusi pemandu, kakak pula menerpa di kanan ayah..saya memeluk ayah dalam keadaan yang sungguh hiba..hanya mampu memohon maaf atas segala silap dan salah dan ucapan terima kasih buat ayah selama membesarkan saya sehingga ke hari ini..juga saya ucapkan kepada ayah : " tiada hadiah dari adik dan kakak sempena hari bapa ini..tapi anggaplah langkah awal kejayaan ini adalah merupakan hadiah sempena hari bapa buat ayah.." 
Waktu itu ayah juga tidak mampu berkata apa-apa..kami masih erat dipelukan kiri dan kanannya..terdengar seolah-olah ayah menahan sebak dalam diam..
 
ITU ADALAH KEJAYAANNYA, IKTIBAR UNTUK KITA SEMUA..
Penerimaan masuk ke IPTA hakikatnya adalah kejayaan emak dan ayah yang banyak berusaha mendidik dan memberi segala yang terbaik buat kami adik-beradik..tanpa usaha mereka, siapalah kami..Segala nasihat dan pesanannya sejak 2 tahun yang lalu adalah amanah buat kami hingga kini..


Begitu juga buat sahabat-sahabat pembaca, kita adalah amanah mereka (ibu bapa anda)..maka jagalah diri kita sebaik-baiknya..kata-kata siapa lagi yang nak kita dengari jika bukan mereka, insan yang paling mulia dalam hidup kita..Jika kita kata kita sedang bahagia dan gembira dengan apa yang telah kita capai disaat ini, ketahuilah bahawa mereka lebih bahagia dan gembira melihat apa yang telah kita ada..Manakan tidak, merekalah antara insan yang bersama berusaha memberi yang yang terbaik dalam kehidupan kita agar kita mendapat segala kecemerlangan dari apa yang telah mereka usahakan..maka kejayaan ini adalah hak mutlak mereka juga..


Hargailah mereka sepanjang masa..
Hari Bapa bukan 'satu' hari sahaja..tetapi selamanya.. =)


"..siapakah yang lebih mulia,
dari mereka yang tidak lupa.."


Insan yang lahir dari rahim ibu yang amat penyayang
(admin bersama sahabat)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan