"...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." Surah As-Saff ayat 4

Ahad, 5 September 2010

Tahap amalan puasa

Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya kitab Ihya’ Ulumuddin, martabat puasa terbahagi kepada tiga kategori:




Puasa umum, iaitu orang yang berpuasa semata-mata tidak makan dan minum dan menjauhi hubungan kelamin pada siang hari. Mereka mementingkan ketakwaan, keimanan dan pahala puasa.



Puasa khusus, iaitu orang yang berpuasa menjaga sepenuhnya adab dan peraturan puasa supaya keberkatan dan kemuliaan Ramadhan diperolehi sepenuhnya. Dengan yang demikian, sewluruh pancaindera zahir dan batin mengamalkan puasa. Mereka juga berusaha meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT. Puasa yang diamalkan oleh orang soleh.



Puasa istimewa, puasa yang dilakukan dengan seluruh pancaindera zahir dan batin menumpukan sepenuhnya kepada Allah SWT tanpa mengingatkan hal urusan dunia sebagai usaha mengekalkan ketinggian ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT.



Bagaimanapun, untuk menggalakkan anak-anak dan keluarga secara terus menerus kekal dalam keadaan suci jiwanya. Jika berpuasa dan mengulangi tabiat buruk budaya berdosa, bermakna kita mensia-siakan peluang terbaik untuk memutihkan atau memperbaiki akhlak diri-sendiri dan keluarga. Walaubagaimanapun, Ramadhan datang setiap tahu silih berganti tetapi jangka akhir hayat kita, tidak dapat diramalkan. Begitu juga dengan bonus Ramadhan untuk tahun yang akan datang tetapi tidak pasti adakah kita masih bernyawa untuk merebutnya….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan